Perbicaraan dan hukuman mati Alfred_Jodl

Kolonel Jeneral Alfred Jodl (diapit Mejar Wilhelm Oxenius sebelah kiri dan Generaladmiral Hans-Georg von Friedeburg sebelah kanan) menandatangani Surat Cara penyerahan kalah tanpa syarat Jerman di Reims, Perancis pada 7 Mei 1945Jodl (kiri) dan Keitel (kanan) sedang makan di ruang sementara bersebelahan dengan mahkamah di Perbicaraan NurembergJodl, Frank (tengah) dan Rosenberg (kanan) di Perbicaraan NurembergJodl semasa di Nuremberg tahun 1946Mayat Alfred Jodl selepas digantung, 16 Oktober 1946Tugu Peringatan perkuburan keluarga di Tanah Perkuburan Fraueninsel, di Chiemsee

Jodl ditangkap dan dipindahkan ke kem POW Flensburg dan kemudian dihadapkan ke Tribunal Tentera Antarabangsa di Perbicaraan Nuremberg. Jodl dituduh berkonspirasi melakukan jenayah terhadap keamanan; merancang, melaksana dan melancarkan perang pencerobohan; jenayah perang; dan jenayah terhadap kemanusiaan. Tuduhan utama terhadap beliau dikaitkan dengan tandatangannya keatas Perintah Komando dan Perintah Komisar, kedua-duanya mengarahkan tahanan tertentu dibunuh serta-merta. Tuduhan tambahan semasa perbicaraannya termasuklah pengusiran yang menyalahi undang-undang dan bersubahat membunuh. Bukti menunjukkan tandatangannya ada pada suatu arahan yang memindahkan warga Denmark, termasuk Yahudi dan orang awam lain, ke kem tahanan. Walaupun beliau menafikan peranannya dalam jenayah itu, Mahkamah (tidak sependapat) mengekalkan penglibatan beliau berdasarkan keterangan yang diberikan. Hakim Perancis, Henri de Donnedieu Vabres, tidak bersetuju dalam kes Jodl.

Isterinya Luise menyertai pasukan pembelaan suaminya.[8] Selepas beliau ditemuramah oleh Gitta Sereny, penulis biografi Albert Speer, Luise mendakwa banyak contoh pasukan pendakwaan Bersekutu membuat tuduhan terhadap Jodl berdasarkan dokumen yang mereka enggan berkongsi dengan pasukan pembelaan. Namun Jodl membuktikan bahawa sebahagian daripada tuduhan yang dibuat terhadap beliau adalah tidak benar, seperti tuduhan yang beliau telah membantu Hitler mengambil alih pemerintahan Jerman pada tahun 1933.[9]Jodl mengaku tidak bersalah "demi Tuhan, demi sejarah dan bangsaku". Didapati bersalah atas semua empat tuduhan, beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati (bersama Keitel, pada 16 Oktober 1946)[10] walaupun beliau telah meminta mahkamah, mengikut tradisi tentera, untuk dihukum mati dengan skuad penembak.

Kata-kata terakhir Jodl ialah "Ich Dich Grüsse, mein ewiges Deutschland" - "Saya menyambut anda, Jermanku yang abadi." Beliau telah diisytiharkan mati 18 minit kemudian.

Donald E. Wilkes, Jr, seorang profesor undang-undang di Sekolah Undang-Undang University of Georgia, menyatakan bahawa ramai daripada anggota Nazi yang dihukum mati jatuh dari tiang gantungan dengan kekuatan yang cukup untuk mematahkan leher mereka, menyebabkan kematian secara tercekik, ada yang bertahan selama beberapa minit.[11]

Mayatnya telah dibakar di Munich, dan abunya ditabur ke dalam Sungai Isar (dengan berkesan menghalang penubuhan sebuah tapak perkuburan yang kekal kepada kumpulan nasionalis yang mungkin berusaha untuk berkumpul di sana-contoh ini adalah kubur Benito Mussolini di Predappio, Itali). Sebuah Tugu Peringatan dalam plot keluarga di Perkuburan Fraueninsel, dalam bandar Chiemsee, Jerman didedikasikan kepadanya.

Pengembalian maruah

Pada 28 Februari 1953, München Hauptspruchkammer (mahkamah denazifikasi utama) mengisytiharkan Jodl tidak bersalah daripada tuduhan utama yang dikenakan keatas beliau di Nuremberg. Dalam berbuat demikian mahkamah menyokong Presiden bersama Tribunal berbangsa Perancis, Henri Donnedieu de Vabres, yang pada tahun 1949 telah mengatakan keputusan terhadap Jodl adalah satu kesilapan.[12] Harta benda beliau, yang telah dirampas pada tahun 1946, dikembalikan kepada balunya.

Pengisytiharan tidak bersalah ini telah ditarik balik pada 3 September 1953 oleh Menteri Pembebasan Politik bagi Bavaria, selepas mendapat tekanan dari para pegawai Amerika.[13] Keputusan ini tidak mempunyai apa-apa kesan perundangan, dan isteri Jodl masih boleh menyimpan hartanya.

Rujukan

WikiPedia: Alfred_Jodl http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://books.google.com/books?id=GRTdAAAAQBAJ&pg=P... http://www.imdb.com/character/ch0042414/ http://www.imdb.com/title/tt0048295/ http://thelede.blogs.nytimes.com/2007/01/17/the-nu... http://www.tercer-reich.com/wehrmacht/los-argument... http://www.ww2awards.com/person/38491 http://www.law.umkc.edu/faculty/projects/ftrials/n... http://www.trial-ch.org/trialwatch/profiles/en/fac... http://www.ushmm.org/wlc/article.php?lang=en&Modul...